Ceritanya bermula apabila hati sudah TERLUKA. Terluka dengan
keadaan, terluka dengan situasi dan terluka kerana dilukai… Benar kata orang
tua-tua bila bercinta,
JANGAN TERLALU
MENCINTAI
JANGAN TERLALU
MENYAYANGI
JANGAN TERLALU
BERHARAP
Sesudah terluka.. hati merintih sedih, duka, kecewa, sudah
bercampur baur dek cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang mengambil masa 1460
hari akhirnya kecundang di tengah jalan. 1460 hari tu agak2 lama mna? Kiralah yer
korg semua haha ^_^
Cinta yang berputik dari pertemuan pertama menjadi sahabat
lama kelamaan menjadi sayang dan cinta mula dirasai. So siapa kata KAWAN tak
boleh jadi CINTA? Hurmm.. bukankah untuk memulakan sesuatu perhubungan kita
perlu mengenali antara satu sama lain? Nah…itulah berkawan. Dalam masa berkawan
banyak benda kita tahu tentang si dia. Contohnya, nama, hobi, kegemarannya,
latarbelakangnya., lama kelamaan semua kita kongsi. Kegembiraan, Kesedihan jua
dikongsi jelas ternyata saling memahami saling memberi pendapat antara satu
sama lain.
TAPI….apabila cinta yang kita semai dengan kasih sayang itu
di KHIANATI. Apakah perasaan anda? Sedih? Kecewa? Menangis? Sepastinya semua
itu bercampur baur sekali gus airmata mulai jatuh membasahi pipi. Begitulah
rasanya apabila cinta 1460 hari itu dikhianati. Kayu tiga itu sudah sebati
dalam dirinya mungkin menjadi tanda tanya si gadis yang setia menanti di kampung
halaman sementara si lelaki berada di kota raya yang pesat dengan segalanya,
hiburan, bangunan pencakar langit, kota yang penuh dengan ceritanya.
SETIA.. Masih ada lagikah lelaki yang setia? Masih ada
lagikah wanita yang setia? Zaman Era globalisasi ini menjadi tanda tanya hati
kecil seorang gadis. Lantas ianya berfikir, setia itu mungkin seperti “menunggu
bulan jatuh ke riba” setia yang sudah pasti setia. Setia yang dikhianati juga
umpama “sebiji kaca yang terhempas ke batu” pecahnya berderai, untuk mencantumkannya
sudah tiada guna.
Si gadis itu nekad dari hidupnya, maka dia berniat “AKU
TIDAK AKAN SESEKALI JATUH CINTA LAGI, MELAINKAN JATUH CINTA KEPADA SUAMI AKU
YANG SAH”. Sangat Dalam, Tegas, dan Padat kata-kata si gadis itu mungkin kerana
kasih sayangnya telah di bahagi bersama orang lain. Kerana itu juga hatinya
menjadi keras seperti besi yang tidak boleh dilentur lagi dengan manisnya
kata-kata lelaki. Akhirnya si gadis itu mula belajar menerima dan belajar untuk
melupakan hakikatnya sukar untuk melupakan apatah lagi memaafkan.
…Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun
berganti tahun…
Si gadis itu masih terbayangkan si lelaki itu, selama 1098
hari juga si gadis itu bersendirian. Kegembiraannya teserlah apabila bersama
keluarga, kawan-kawan nya sahaja. Mungkin baginya untuk mengenali kita hanya
memerlukan sejam tapi untuk melupakan kita memerlukan beribu tahun lamanya.
Apa bleh dibuat, ALLAH itu Maha Adil, kita hanya merancang
dengan cita tapi DIA merancang dengan cintanya. Sampai ke hari ini si gadis itu
masih kosong hatinya. Mana mungkin dia meletakkan seseorang di dalam hatinya
lagi kerana dia telah berniat sebelumnya.
Dengan senyum saya
melawan duka hati,
Dengan senyum saya
menyembunyikan masalah hati,
Dengan senyum saya
merawat hati,
Dengan senyum jugasaya
mendapat kekuatan kembali,
Dan dengan senyum
saya berharap semua insan disisi akan turut tersenyum gembira
Kejar hati seseorang itu dengan kesungguhan bukan dengan
kata-kata..
Husna ;)