BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Wednesday, 25 April 2012

:: SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU ::

Views
B.O.N.D.A


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita :-
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita :-
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon :-
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya :-
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah :-
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"...

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll :-
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak :-
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV :-
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan :-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"..

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk :-
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira :-
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita :-
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke?:-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita :-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu
membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru :-
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita :-
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu..

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita :-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung :-
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.
Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

*** :-)
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah
Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah
jasa ibu.

--- I LOVE YOU MOM ---



Tuesday, 24 April 2012

** Jodoh Itu Rahsia Allah **

Views
JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

 :: Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. 
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hati...nya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... 
Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... 
Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

p/s::
 ~ Kata-kata yang begitu menusuk ruang hatiku ~
~Sekiranya dirimu terbaca post ini, sedarlah bahawa diriku sudah lama menunggumu~
~Sesaat dirimu mendustaiku,daku tetap memaafkanmu,tapi knpe perlu dibandingkan dengan yg lain..?~
~Jika benar kamu berpegang pada janjimu tak kan dirimu sanggup melukaiku ke tahap ini~
~Diriku bukan SEMPURNA seperti yang kamu inginkan~


credited :: To someone ;)

...Di Sebalik Doa...

Views


Petua Rasulullah s.a.w.
Untuk Mencapai Doa Mustajab

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


note:: Walau apa jua keadaan yang menimpa diri kita,berdoalah  kepada ALLAH, kerana  ALLAH selalu ada di samping hamba-hambanya..

Monday, 23 April 2012

ShE's My BeLoVeD ^_^

Views
Saya ada kawan nama dia Meera, saya kenal dia masa saya tuisyen Pusat Bimbingan Bestari...
Mula-mula masuk saya xkenal lagi dengan dia. sebab dia bukan 1 kelas dengan dia. Saya sesi petang dia pulak sesi pagi sama dengan Mr.A hehe..oops lari tajuk! ~peace~
okay2 nak crita ape yer pasal kawan saya nie? kalau saya list boleh kan..^_^


  • Baik hati
  • Happy go lucky
  • Senyum sokmo
  • Cool
  • Suka gelak dengan saya
  • Suka menggila dengan saya
  • Satu kepala dengan saya 
~ Bak kata kami memang kamcing sesangat~

Meera rapat dengan saya...dia pandai wat saya ketawa sampai xingat dunia hahahaha
kalo bab makan dia memang JUARA kikkkikik (jgn mrh syg)
saya sayang sangat2 kat dia sebab dialah bestfwen saya....
dia tahu ape saya suka, saya tak suka...kekadang semua benda saya bagitau dia..hehe ^__^
yang paling pentng dia kenal saya nie jenis macamana huhu best3...

Paling saya best kawan dengan dia,..dia suka gelak banyak and dalam kelas tuisyen kami selalu borak2 makan2 hahaha cikgu mengajar kat depan kam mengajar kat belakang..Alah,,normal beb...korang pun buat camtu gak kan..kan..kan.. :) kekadang cikgu pum tumpang sekaki...

~recall balik zman tuisyen~  ;-)

teringat telatah kawan-kawan dalam kelas macam2 ragam sampa xingat dh lari topik belajar..yelah mana x lari?? cikgu pun sama naik ngn student hehe cool beb!!
paling best dalam kelas bela sampai waktu rehat..haha berduyun-duyun kuar p minum air ...
bukan ape best dapat air free kan!! huahuahua....moment2 paling manis tetap tersemat d hati...sukar untukku lupakan detik itu..sehinggalah sampainya kami semua di sini...:D 

Kami semua terus melangkah mencari redhai ILAHI dan mencari ilmu 
Saya tetap mendoakan kalian semua dalam apa jua bidang yang kamu ceburi..
saya sayang kawan-kawan saya..:D


~ I LOVE YOU MEERA ~


by:
~Raihan Husna~ ;)

Ni lah kawan saya ;)


Sunday, 22 April 2012

♥♥ DiArI sEoRaNg LeLaKi ♥♥

Views



                                   ♥ ANDAI LELAKI TAHU


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

                                   ♥ SEMOGA BERMANFAAT


Friday, 20 April 2012

♥♥KaMi BaGaiKaN IsI DeNgAN KuKu♥♥

Views
Bermula al-kisah kami....kami merupakan sahabat ke hulu ke hilir bersama...
Susah senang kami lalui bersama-sama....
Setiap perkara kami lakukan bersama-sama ^__^
Dari bangku sekolah rendah,menengah sehinggalah kami menjejakkan kaki ke UiTM bersama-sama...
Kami saling menyayangi antara 1 sama lain...
Kami tak pernah ada sikap cemburu antara 1 sama lain...cemburu itu ada, bila waktu dalam kelas...
Kami selalu bersaing antara kami....itu yg membuatkan kami lebih bersemangat untuk belajar...
Bagi kami
"PERSAHABATAN YANG INDAH LAHIR DARI HATI YANG IKHLAS"
Merekalah pembakar semangat saya...^__^ 
I really ♥♥ them ^__^
THANK YOU FOR BEING MY BEST FRIENDS




Me,Mira,Ecah,Z

Ain.Waniey 


Z,Me,Ecah

P.E.S.K.O.



Thursday, 19 April 2012

♥♥FrIeNdS FoReVeR♥♥

Views
Okay...kat bawah nie sume kawan-kawan saya....;) saya sayang mereka semua...


sabila, syifaati,normah,aqma

Kami di Museum Kelantan
dari kiri (Sabila,Me,Tourist,Normah dan Aqma)

Fara with Me


Syu,FarahAdaa,Me,Sue,Solehah


Monday, 16 April 2012

Views

Inside my happiness...

Inside my happiness, there is nothing but happiness for me.
Inside my happiness, the colors are so bright and vivid and I am able to see everything clearly.
Inside my happiness, there were no dark times because in my happiness the sun always shines.
Inside my happiness, there is no pain, there is no fear and there certainly is no doubt.
Inside my happiness, we all live as one and there is peace for all beings.
Inside my happiness, there is God and he has planned all of this for me.
Inside my happiness, addiction never happend.
Inside my happiness, there are no sorrows and no tears for the hurt doesnt exist.
Inside my happiness, there is you, and you are everything.
Inside my happiness, there is a woman who is ready for life.
Inside my happiness, there is nothing but happiness for me. 

note:: ~ i need happiness in my heart ~
I got more pain before, so starting from today please..please..and please 
give me a little bit of happiness....i'm so scared before, i'm not strong..:(
i love you but not deserves to my heart....:( :( :( 
I CAN'T FORGET YOU .....:( 
because I ♥♥ YOU ^___^
can u understand now? happy now? 

♥Who is she...?♥

Views
Salam semua.....tetiba datang mood nk mencoret blog saya yang xseberapa nie....
korang sumer tahu kew saya nak crita pasal ape? hehe....saya nak cerita pasal sorang 'budak perempuan' eh2 jap...! budak kah dia? oh no! dia seorang gadis manis yang sentiasa tersenyum untuk saya..:-)

Nak dijadikan cerita...saya kenal dia melalui FB....adesss pengaruh FB ni sememangnya hebatlah! Maveloss betui..huk3, meh saya cerita serba sedikkit tentang dia mengikut firasat saya. Amboi!! saya sedang berfirasatlah pula huhuhu...okay2 continue...,dia seorang yang manis dengan senyuman..bila tagk pic dia selalu jew tersenyum.
Sebenarnya saya lebih suka adik2 yang muda dari saya or kakak2 yang tua dari saya mempunyai senyuman yang mesra dan tidak putus2 memberikan senyuman..kerana SENYUM ITU PENAWAR. tapi macam mana nk susah nk senyum??? haa kalo yang jenis macam nie xthu lah nk kata ape. sebab....BUKAN KENA BAYAR PUN KALAU SENYUM...betul x? hehe ^_^
lagi plak dia ambil berat tentang saya...:) ada suatu ketika si adik manis ini message saya by fon...masa kami kenal, kami bertukar-tukar no fon...senang nk contact if xbuka FB manalah tahu kot2 rindu ke ape ke kann..;-) hihi.
kami mesej2 bila free time bertnya khabar masing...maklumlah kami ni student katakan....
Sebenarnya saya nk ucapkan 'Terima Kasih' sebab dia dah tolong saya baiki blog nie hehe

"adik, terima kasih tau sbb dah sudi tolong akak,.akak happy sangat2 blog akak dah menjadial-maklum saja
lah akak nie xberapa terror dalam dunia blog nie kuikuikui."

So00o.....if kaorang nk tahu siap dia...?? hehe dia adalah adik angkat saya yang diberi nama Aifa Nadhirah, pelajar UiTM Puncak Alam dalam kos Kedoktoran...eh betul kah?? adess kakak sendiri pun dah lupa walhal dah banyak kali dia bagitau..:P sorry dear...:)
okalah sy perkenalkan empunya diri....jom scroll bawak! ^_^

Haa..inilah empunya yg sy cerita tadi
Yang berbaju biru..;)

Credited to her:: ^___^

Tuesday, 10 April 2012

< Delima >

Views


Delima

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 


Monday, 2 April 2012

# Bicara Hatiku Untukmu #

Views

KENAPA.......KENAPA....... :(


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

 Teganya kau menari diatas tangisanku 
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu

:: seringkali saya menyebut namamu dalam doaku::
::sudah peritku menanggung semua ini, hatiku dirimu permainkan::
::dirimu tetap ku sayangi::
::yaa..saya tidak layak untuk bahagia::

note::~Ku mendoakan agar dirimu bahagia bersama insan yang menjadi pujaanmu~

     




prepared by:
NNRH a.k.a Raihan Husna