Petua Rasulullah s.a.w.
Untuk Mencapai Doa Mustajab
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
“Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke
langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya
berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya
dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa
ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke
awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku
dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di
antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika
itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar
ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya
binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik,
pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang
tersebut melihat syaitan.”
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian
mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan
mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa
Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka
segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa
seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia
berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan
mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu
saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa,
memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang
dipohonnya itu.”
note:: Walau apa jua keadaan yang menimpa diri kita,berdoalah kepada ALLAH, kerana ALLAH selalu ada di samping hamba-hambanya..
No comments:
Post a Comment