Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan &
memandikan kita :-
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa
dan berzat untuk kita :-
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas
lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon :-
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru
untuk Hari Raya :-
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh
ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
:-
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU
PERGI SEKOLAH"...
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas
tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll :-
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan
terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji
bola sepak :-
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan
cermin tingkap rumah jiran kita.
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya
tidak terlalu banyak menonton TV :-
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik
sahaja Ibu keluar dari rumah.
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut
kita yang kurang sopan :-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada
"TASTE"..
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah
penat dan baru balik bekerja sehari suntuk :-
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan
bersendirian di dalam bilik.
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu
menangis gembira :-
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga
larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang
banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih
sayang- sampai ke hostel kita :-
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar
dorm takut malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa
prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke?:-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni
kepohlah!!"
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita
kita :-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu
jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang
pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu
membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru :-
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa
baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu
menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita :-
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh
dari Ibu..
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi
nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita :-
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang
lain Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan
majlis kenduri di kampung :-
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya
sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan
penjagaan dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali
dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera.
Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia.
Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa
Ibu.
*** :-)
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah
Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah
jasa ibu.
--- I LOVE YOU MOM ---
No comments:
Post a Comment