Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang
perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira
bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak
lelaki?
Jawapan ::
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan
hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata
setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang
perempuan,
"Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan
tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu
bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut walaupun ia disebut
dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal
itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak
tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar
rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum
Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi
hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju
dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya
sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh
dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan
lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum
syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk
menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh
menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan
perasan akan hakikat ini.
Note:: Indahnya bila si lelaki memberi cincin tanda dia telah mengahwini kita ^__^
No comments:
Post a Comment