SABAR itu SEBAHAGIAN daripada IMAN
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala
dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda
berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua
perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar
kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa
anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam
setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati
setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan
biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk
orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba
memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan
apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas
kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang
tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan
yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang
sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan
berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa
rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda
bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu
dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
Ya Allah,
jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar
dengan setiap dugaanMu Ya Allah,
sesungguhnya, aku hanya insan yang lemah..
kerana bagiku, setiap Ujian yang Engkau berikan
pasti ada hikmah disebaliknya....
~Raihan Husna~
::HambaMu yang lemah segalanya~ :(
No comments:
Post a Comment