BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Monday, 7 May 2012

SOLAT ADALAH PENAWAR DUKA & PENYEJUK HATI

Views


كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
( Az Zariyat : 17 )

ULASAN AYAT :

1. Solat merupakan hubungan komunikasi antara hamba dan Pencipta bagi seluruh semesta. Namun dalam perhubungan ini, hanya orang-orang yang khusyuk sahaja dapat merasakan keindahan berkomunikasi denganNya serta mendapat balasan yang baik.



2. Bermula dari merasa indahnya berkomunikasi dengan ALLAH SWT, mereka yang khusyuk ini ‘memperolehi semangat serta bahagia luar biasa berbanding orang lain yang solat juga tetapi tidak merasa bahagia’. Mereka ini adalah dikalangan hamba yang sudah pun menyedari bahawa tiada kehidupan yang terlebih baik melainkan merasa ALLAH adalah segalanya. Ketika hati senang mahupun susah ALLAH sentiasa di hati mereka.


3. Solat memberi kekuatan yang sangat hebat. Ianya ibadah utama dalam menentukan keelokkan DIRI seseorang hamba itu. Jika solatnya baik maka akan melahirkan perbuatan dan hati yang baik begitu juga sebaliknya.


4. Solatlah kita sebelum kita disolatkan, solatlah dengan penuh rasa kehambaan lagi tawaduk dihadapanNya, pasti kita akan rasakan Dia adalah segalanya, bila sudah merasakan Dia adalah segalanya maka tiada yang lebih hebat dan agung dihati kita melainkan hanya ALLAH. Datanglah ujian sebesar mana pun, masalah, suka atau duka semuanya menjadi sangat kecil dimata kita kerana yang terlebih bahagia dan besar hanya Dia. 

WALLAHU’ALAM...


~Luahan rasa RahanHusna~

Bercerita mengenai hati yang tidak tenang, sedih, duka yang teramat-amat...,semua terjadi ada hikmah dsebaliknya..bergantung kepada individu tersebut bagaimana mereka menyelesaikan gundah-gulana di hati mereka,.. bagi saya..perkara yang akan saya buat adalah mengadu padaNYA..
Alhamdulillah, segala doa saya dimakbulkan.AMIN



shared by: Mutiara Hati

No comments:

Post a Comment