BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Wednesday 29 February 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih ;-)

Views
Saat kita menempuhi onak dan duri dunia,
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun tidak dikenali lagi
Dalam Terharu........
air mata tertumpah juga
Wahai hati hamba Illahi
begitulah kehidupan di dunia, kita tak akan sesekali dapat menjangka, apa yang Allh aturkan untuk kita
ada kalanya kita tersangat gembira...
ada kalanya kita tersangat kecewa...
namun jangan risau Allah itu ada bersama kita
Tuhan yang Maha Luas Kasih Sayangnya
Percayalah....
Allah tak akan menduga hambanya
kecuali untuk melihat hambanya tersenyum disana,tertawa disana,berbahagia disana
insyaAllah di Syurga...
( WAHAI HATI )
Janganlah bersedih kerana telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun 
pada keesokkan hari nya...
Kesedihan demi kesedihan membuat 
air yang manis terasa pahit..
makanan yang lazat menjadi hambar..
bunga mawar yang mekar kembang mewangi kembali layu..
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir butir air mata mengalir hangat di pipi...
Senyuman yang dikau berikan dan air mata yang dikau titiskan kan ku simpankan sebagai tauladan..
Segala yang dikau pandang dan dengar kan ku buat pedoman.. :-) Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka...

I don't know everything, but Allah knows everything "

Don't be sad Husna..
Allah always with you...

Luahan hati::
~ Raihan Husna  ~

Sunday 19 February 2012

Do You Know??

Views
UBAT....




Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


Note:: ~ Sayangi Diri dan Keluarga Anda ~