BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Saturday 3 January 2015

... KaTa HaTiKu ...

Views


   Ceritanya bermula apabila hati sudah TERLUKA. Terluka dengan keadaan, terluka dengan situasi dan terluka kerana dilukai… Benar kata orang tua-tua bila bercinta,


JANGAN TERLALU MENCINTAI

JANGAN TERLALU MENYAYANGI

JANGAN TERLALU BERHARAP


   Sesudah terluka.. hati merintih sedih, duka, kecewa, sudah bercampur baur dek cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang mengambil masa 1460 hari akhirnya kecundang di tengah jalan. 1460 hari tu agak2 lama mna? Kiralah yer korg semua haha ^_^


  Cinta yang berputik dari pertemuan pertama menjadi sahabat lama kelamaan menjadi sayang dan cinta mula dirasai. So siapa kata KAWAN tak boleh jadi CINTA? Hurmm.. bukankah untuk memulakan sesuatu perhubungan kita perlu mengenali antara satu sama lain? Nah…itulah berkawan. Dalam masa berkawan banyak benda kita tahu tentang si dia. Contohnya, nama, hobi, kegemarannya, latarbelakangnya., lama kelamaan semua kita kongsi. Kegembiraan, Kesedihan jua dikongsi jelas ternyata saling memahami saling memberi pendapat antara satu sama lain.


  TAPI….apabila cinta yang kita semai dengan kasih sayang itu di KHIANATI. Apakah perasaan anda? Sedih? Kecewa? Menangis? Sepastinya semua itu bercampur baur sekali gus airmata mulai jatuh membasahi pipi. Begitulah rasanya apabila cinta 1460 hari itu dikhianati. Kayu tiga itu sudah sebati dalam dirinya mungkin menjadi tanda tanya si gadis yang setia menanti di kampung halaman sementara si lelaki berada di kota raya yang pesat dengan segalanya, hiburan, bangunan pencakar langit, kota yang penuh dengan ceritanya.


  SETIA.. Masih ada lagikah lelaki yang setia? Masih ada lagikah wanita yang setia? Zaman Era globalisasi ini menjadi tanda tanya hati kecil seorang gadis. Lantas ianya berfikir, setia itu mungkin seperti “menunggu bulan jatuh ke riba” setia yang sudah pasti setia. Setia yang dikhianati juga umpama “sebiji kaca yang terhempas ke batu” pecahnya berderai, untuk mencantumkannya sudah tiada guna.


  Si gadis itu nekad dari hidupnya, maka dia berniat “AKU TIDAK AKAN SESEKALI JATUH CINTA LAGI, MELAINKAN JATUH CINTA KEPADA SUAMI AKU YANG SAH”. Sangat Dalam, Tegas, dan Padat kata-kata si gadis itu mungkin kerana kasih sayangnya telah di bahagi bersama orang lain. Kerana itu juga hatinya menjadi keras seperti besi yang tidak boleh dilentur lagi dengan manisnya kata-kata lelaki. Akhirnya si gadis itu mula belajar menerima dan belajar untuk melupakan hakikatnya sukar untuk melupakan apatah lagi memaafkan.



…Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun…



  Si gadis itu masih terbayangkan si lelaki itu, selama 1098 hari juga si gadis itu bersendirian. Kegembiraannya teserlah apabila bersama keluarga, kawan-kawan nya sahaja. Mungkin baginya untuk mengenali kita hanya memerlukan sejam tapi untuk melupakan kita memerlukan beribu tahun lamanya.

Apa bleh dibuat, ALLAH itu Maha Adil, kita hanya merancang dengan cita tapi DIA merancang dengan cintanya. Sampai ke hari ini si gadis itu masih kosong hatinya. Mana mungkin dia meletakkan seseorang di dalam hatinya lagi kerana dia telah berniat sebelumnya.

Dengan senyum saya melawan duka hati,

Dengan senyum saya menyembunyikan masalah hati,

Dengan senyum saya merawat hati,

Dengan senyum jugasaya mendapat kekuatan kembali,

Dan dengan senyum saya berharap semua insan disisi akan turut tersenyum gembira


                       JODOH ITU RAHSIA ALLAH… 


Kejar hati seseorang itu dengan kesungguhan bukan dengan kata-kata..


                                     Husna ;)