Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan
pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit
itu saja ingatanmu
padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain
daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat
susah.Allah yang
memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat
menampung keluargamu ,
membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih
belum puas ,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu
serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman
teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka
seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu
sendiri tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu ,
dengan ibadah kamu ,
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak
sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan
apa yang ada di
sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu
,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia
yang kamu tidak suka.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan
sedekah kepada
fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu
yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh
sungguh dan kamu
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah
kerana kamu rasa kamu
raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati
kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah
walaupun kamu tahu
sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu
fikirkan?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia
lain ataupun
menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak
sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat
berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada
Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua
perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka
itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali
kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
~Pandanglah aku dengan diriku HARI INI bukan diriku pada MASA SILAMKU~
note:: Peringatan Unt diri sendiri ~
terima kasih saifudin.. kadang2 mimpi2 itu boleyh dijadikan kenyataan..
ReplyDeletei wish my dreams comes true oneday. and i really hope so :) TERIMA KASIH sbb sudi singgah blog Husna ini :)