BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Friday 25 May 2012

Untuk Hati Resah dan Gundah Gulana

Views


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubatinya.


Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Ubat bagi resah dan gelisah, kedekut dan bakhil adalah Solat. Allah s.w.t. berkata di dalam al-Quran:




"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Al-Ma’arij : 19-22



note:: Senyumlah kerana dengan senyuman akan menghilangkan 1001 kesedihan ^_^

No comments:

Post a Comment