BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Saturday 26 May 2012

Views

~ Tande-Tanda  lelaki ada perasaan kat seseorang perempuan..~


1. Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)

2. Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)

3. Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

4. Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

5. Mereka merenung anda secara sembunyi.

6. Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

7. Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

8. Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

9. Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

10. Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

11. Mereka akan memuji penampilan anda.

12. Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

13. Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

14. Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

15. Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

16. Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.

17. Mereka sentiase buat anda hepi..



~Wahai Lelaki seandainya tidak mampu untuk membahagiakan seseorang wanita Jangan pernah memberi harapan palsu kepadanya~ 





Friday 25 May 2012

Untuk Hati Resah dan Gundah Gulana

Views


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubatinya.


Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Ubat bagi resah dan gelisah, kedekut dan bakhil adalah Solat. Allah s.w.t. berkata di dalam al-Quran:




"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Al-Ma’arij : 19-22



note:: Senyumlah kerana dengan senyuman akan menghilangkan 1001 kesedihan ^_^

Monday 21 May 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita...

Views
Buat tatapan para HAWA

1. Bulu keningMenurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan 
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng/perhiasan…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. DadaHendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. TanganSesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. MataDan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik 
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. KemaluanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. 
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PakaianBarangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. RambutWahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)




Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


note:: Sharins is Caring...^_^

Wednesday 9 May 2012

5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi

Views

Lelaki ajnabi adalah lelaki yang tiada kaitan perhubungan antara kita(perempuan) :-



1. Elakkan Berurusan dengan Lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa Contact Orang Lelaki.

Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh:

* Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time kaceh)...* Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. * Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“ Wahai istri-istri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik ”

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan,..???

3. Tundukkan Hati.

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa, “ Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan. ”

4. Tundukkan Pandangan.

Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yangg kita belajar kat uni dulu, “ make eye contact with the person you’re talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory “ dari mata turun ke hati ” itu betul. so, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.Lihat surah al-ahzab ayat 53

“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan file atau dengan sapa saja yang bisa membantu kita untuk menutup pandangan kita. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat n istri-istri nabi supaya mereka tak mati ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun jadi sehebat orang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.

Contoh:“ Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu… ” Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan Urusan.

Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. Sudahah tak bisa dipungkiri, dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

Tuesday 8 May 2012

Petua Rawatan Hidung Berdarah

Views

Masalah Hidung Berdarah - Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Punca Hidung Berdarah
•             Kecederaan di hidung
•             Udara yang terlampau sejuk atau kering
•             Menghembus hidung dengan kuat
•             Terlalu kerap bersin
•             Ketumbuhan dalam rongga hidung
•             Selsema
•             Suhu dalam badan terlalu tinggi
•             Alahan
•             Menghembus nafas terlalu kuat
•             Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
•             Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
•             Tekanan darah tinggi

Jenis Hidung Berdarah - Terdapat 2 jenis hidung berdarah:

1.            Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
2.            Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Rawatan Segera
•             Duduk dan tunduk ke hadapan
•             Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
•             Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata




Monday 7 May 2012

SOLAT ADALAH PENAWAR DUKA & PENYEJUK HATI

Views


كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
( Az Zariyat : 17 )

ULASAN AYAT :

1. Solat merupakan hubungan komunikasi antara hamba dan Pencipta bagi seluruh semesta. Namun dalam perhubungan ini, hanya orang-orang yang khusyuk sahaja dapat merasakan keindahan berkomunikasi denganNya serta mendapat balasan yang baik.



2. Bermula dari merasa indahnya berkomunikasi dengan ALLAH SWT, mereka yang khusyuk ini ‘memperolehi semangat serta bahagia luar biasa berbanding orang lain yang solat juga tetapi tidak merasa bahagia’. Mereka ini adalah dikalangan hamba yang sudah pun menyedari bahawa tiada kehidupan yang terlebih baik melainkan merasa ALLAH adalah segalanya. Ketika hati senang mahupun susah ALLAH sentiasa di hati mereka.


3. Solat memberi kekuatan yang sangat hebat. Ianya ibadah utama dalam menentukan keelokkan DIRI seseorang hamba itu. Jika solatnya baik maka akan melahirkan perbuatan dan hati yang baik begitu juga sebaliknya.


4. Solatlah kita sebelum kita disolatkan, solatlah dengan penuh rasa kehambaan lagi tawaduk dihadapanNya, pasti kita akan rasakan Dia adalah segalanya, bila sudah merasakan Dia adalah segalanya maka tiada yang lebih hebat dan agung dihati kita melainkan hanya ALLAH. Datanglah ujian sebesar mana pun, masalah, suka atau duka semuanya menjadi sangat kecil dimata kita kerana yang terlebih bahagia dan besar hanya Dia. 

WALLAHU’ALAM...


~Luahan rasa RahanHusna~

Bercerita mengenai hati yang tidak tenang, sedih, duka yang teramat-amat...,semua terjadi ada hikmah dsebaliknya..bergantung kepada individu tersebut bagaimana mereka menyelesaikan gundah-gulana di hati mereka,.. bagi saya..perkara yang akan saya buat adalah mengadu padaNYA..
Alhamdulillah, segala doa saya dimakbulkan.AMIN



shared by: Mutiara Hati

Sunday 6 May 2012

Petua Membina Sebuah Persahabatan

Views




    ~SeLaMa InI KuMeNcArI-cAri TeMaN yG sEjAtI TeLaHkU tEmUi~


1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.

2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3. Tiada siapa yang sempurna. Setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4. Hargai pendapat satu sama lain.

5. Kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6. Komunikasi sangat penting. Kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan.

8. Jangan mengata di belakang kawan anda.

9. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh


credited to my fwens:: FB,BLOG,YM,TWEET,GROUP and Etc
note:: ~ Wahai sahabat-sahabatku yang mengenali diri ini, maafkanku seandainya hatimu pernahku sakiti,gurisi..angplah ia titik permulaan dalam P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N. kita....
ikhlas dari hati:: ~Raihan Husna~

Saturday 5 May 2012

~Petua Untuk Mempunyai Sifat Sabar~

Views

SABAR itu SEBAHAGIAN daripada IMAN


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.




Ya Allah,
jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar
dengan setiap dugaanMu Ya Allah,
sesungguhnya, aku hanya insan yang lemah..
kerana bagiku, setiap Ujian yang Engkau berikan
pasti ada hikmah disebaliknya....
~Raihan Husna~
::HambaMu yang lemah segalanya~ :(


Friday 4 May 2012

‎~~LELAKI &WANITA...TERSIRAT & TERSURAT~~

Views


Dialah Permata yang Di cari Selama Ini Telah Ku Temui...

Wanita.... 
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
  • Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

:-)

Thursday 3 May 2012

ALLAHUAKBAR...!!

Views


Ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.

Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?

Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.

Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.

Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.

Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.

Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?





Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing.kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”

Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.


Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut dan tidak memberi manfaat kepada orang lain
11. Lupa terhadap mati



shared by:: Amirullah

Wednesday 2 May 2012

Apa makna S.A.H.A.B.A.T

Views

Pd suatu hari d sekolah,, seorang murid bertanya pd guru..

ketika itu guru  tersebut sdg mngajar mengenai kasih sayang



PELAJAR: "cikgu,,mcm mana kita nk pilih seseorang yg terbaik sebagai org yg paling kita syg?? mcm mna juga kasih syg itu nk berkekalan??



CIKGU:  :ok..kmu ikut ape yg sy suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan d atas rumput smbil  memandang rumput d dpn kamu. pilih yg PALING CANTIK tnpa menoleh ke belakang lagi  walau sekali. Dan petik rumput ygPALING CANTIK,,bwa ke kelas..

apabila plajar trsebut pulang k kelas,,tiada sehelai rumput pun d tangan nya. Cikgu nya hairan dan bertanya.....


CIKGU:   knp xda rumput yg d pilih????


PELAJAR:: td msa sy berjln,,sy carilah rumput yg pling cntik. mmg ada byk yg pling cntik tp cikgu kata petik yg pling cntik mka sy pun trus berjalan ke dpn smbil mncari yg pling cntik tnpa menoleh ke blakang lg. Tp...smpai d pnghujung padang,,sy xjumpa pun yg plling cntik. Mungkin ade diantara yg d belakang sy td ada  rumput yg pling cntik..tp dah cg ckp xboleh menoleh ke belakang smula,,jd tiadalah rumput yg sy boleh petik"





CIKGU:  : YA..itulah jwpan nya. Mknanya apabila kta telah brjumpa dgn seseorang yg kita syg,jgnlah kita mncri yg lebihbaik dari itu,, kita patut hargai org yg d depan kita sebaik2nya.Jgn kita menoleh ke blakng lg krn yg dah berlaku tetep dh berlaku. Smogayg berlalu xkn berulang lg. DAN ingtlah org yg pling kita syg itulah yg pling cntik & pling baik.Maupun nk d ikutkan byk lg yg cntik dan baik spt rumput td.........


moral: "......HARGAILAH DENGAN APER YG KITA MILIKI......"



“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.

Tuesday 1 May 2012

♥ TUNANG ♥

Views





Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan ::

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, 
"Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.


Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


Note:: Indahnya bila si lelaki memberi cincin tanda dia telah mengahwini kita ^__^