BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Monday 17 October 2011

Single.....?? or Partner.......??

Views

BILA SINGLE..........??


1)Kurang kuar duit
~Ye la bila korang single kurang kuar shopping ngn gf/bf korang so kurang kuar duit..tp kalau korang kuar dating guna duit mak bapak korang memang duit korang tak kurang lah sbb duit org lain yg kurang hehehe..bg yg bf plak kurang blanja makan awek dia hehe..kurang duit sbb kurang tgnk wayang..hehe..

2)Kurang tengok wayang
~Ada yg jenis kapel yg suka tgnk wayang so bila dh single kurang lah tgnk wayang..nk ajak kawan tgnk wayang kawan pun kedekut taik hidung masin hehe..kurang tgnk wayang mean kurang dosa sikit hehehe.dosa ke tgnk wayang ngn bf/gf?erm..no komen hehehe....korang pikir lah sendiri

3)Kurang berat badan kot
~ini hanya applicable tuk yg jenis kuar dating je mkn mcm2..mcd lah, secret recipe lah, kefc lah..tp org ckp bila makan depan awek ni mcm makan time kawin..makan sikit je sbb nk jaga image..betul ke hehehehe....entah aku pun tak tahu..

4)Kurang pening kepala
~Kalau korang single korang tak pening kepala sebab korang tak pening bila gaduh2 ngn gf/bf korang..korang tak yah memeningkan kepala korang sbb nk jaga hati sbb cemburu ke ape ke...kapel kalau tak gaduh2 sikit tu memang bukan kapel lah tu..sedangkan lidah lagi tergigit..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..sowi peribahasa takde kene mengena hahaha....


5)Kurang SMS dan Call
~Bagi yang kapel korang tahu lah SMS setiap saat..nape aku ckp setiap saat sbb kawan aku camtu hahaha.even kalau boleh tengah berak pun nk sms haha..sms sehari beribu..kaya maxis, celcom hehe..so bila korang single kurang sms ngn call..so kurang lah top up..mcm aku hp aku main campak2 je..hehe..jarang sgt pegang hp.kurang belek2 hp..kalau aku pegang hp pun sbb bergaya depan org hahahaha....wut da fish hehe

6)Lebih banyak masa duk umah
~Kalau korang single korang byk masa duk umah sbb tak kuar dating..mcm aku masa bnyk abis badminton, futsal, tgk movie2 action drama jepun ngn korea gak kenkadang..

7)Lebih banyak masa untuk hobi
~Mcm aku hobi aku main badminton so kalau boleh balik keje je aku nak main badminton..takde sape nak halang kan hehehe...ada org hobi mancing....jgn terkejut kalau aku ckp ada org putus kapel sbb hobi sbb kawan aku ada putus sbb badminton..antara awek dan badminton kawan aku mintak pilih..dia pilih badminton hahahahahaha......antara KLCC dan awek yg mana korang pilih..haha ni contoh kes video comolot depan pavilion tu hehe

8)Lebih banyak masa untuk kerja
~Kalau korang single korang lebih bnyk masa tuk kerja..mcm aku sendiri lebih banyak duk opis..even hari minggu pun g opis.. cam aku ni xyah nk monteng rehat lama2 sgt...

9)Lebih banyak masa tuk kengkawan dan family
~Ye lah kalau single korang bnyk masa spend time ngn kengkawan korang kan..bnyk masa leh abis kan ngn family kita.....kalau kapel kena spend time ngn family si dia plak..eh korang spend time ngn family si dia ke?ermm..hehehehe...

10)Kurang buat dosa
~Yup kalau korang kurang kuar dating kurang lah dosa kan hehe..lg2 kalau yang jenis dating je nk pegang2 tangan, gedik2 ngn gf/bf lg bnyk dosa kan..hehe..so sape ckp kurang dating tu tak bagus..bagus ape hehe...jgn dating..kawin dulu k hehehe..peace ~,~






shared by ::Amirullah ^_^

Monday 22 August 2011

My Heart Belong To You

Views
Every night in my dreamsI see you, I feel youThat is how I know you go on
Far across the distanceAnd spaces between usYou have come to show you go on
Near, far, wherever you areI believe that the heart does go onOnce more you open the doorAnd you're here in my heartAnd my heart will go on and on
Love can touch us one timeAnd last for a lifetimeAnd never let go till we're gone
Love was when I loved youOne true time I hold toIn my life we'll always go on
Near, far, wherever you areI believe that the heart does go onOnce more you open the doorAnd you're here in my heartAnd my heart will go on and on
You're here, there's nothing I fearAnd I know that my heart will go onWe'll stay forever this wayYou are safe in my heartAnd my heart will go on and on



Love this choc!  ;)



Sunday 17 July 2011

Tentang Cinta

Views











Cinta. Sebagaimana mudah untuk mendapatkannya, begitu jugalah untuk melepaskannya. Tanpa adanya tindakan untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan itu, hubungan yang dijalin belum tentu dapat bertahan dengan lama.

Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita kurang dalam memberi sebarang komitmen sehingga lah timbulnya masalah. Keutuhan sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.

1. Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin mendapat semua ciri-ciri itu.

2. Kekuatan Untuk Menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.

Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan Untuk Memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.

Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan Persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.

Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih mengenali peribadi masing-masing.

5. Kekuatan Dari Sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan Untuk Melepaskan

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.

Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan Dalam Komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.

Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.

Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan Dari Komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.

Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan Semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.

Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10. Kekuatan Dari Rasa Percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.

Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.

Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar–benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri

“Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati ?”

jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

10 Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Views





Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu kumpulan nasyid Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.

Anda juga tidak perlu bersusah-payah dalam mencari cinta. Kadangkala cinta yang datang itu datang dengan sendiri yang timbul dari dalam hati anda. Ketahuilah bahawa cinta itu suci dan juga menjanjikan kebahagiaan. Berlainan pula cinta yang dipaksa-paksa semata-mata untuk menjaga hatinya atau sekadar atas kasihan.

Untuk menerima cinta si jejaka, anda perlulah bijak untuk memilih siapakah pasangan anda. Bukannya memilih atas dasar paras rupa atau hartanya sahaja. Ramai di antara wanita sana jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang menarik dan berharta terus sahaja bersetuju untuk menjalinkan hubungan cinta tetapi hakikatnya lelaki itu adalah “kasanova” yang mencari mangsa.

Disini 10 ciri-ciri lelaki yang boleh anda gunakan untuk mencari lelaki pilihan anda.

1) Kuat Agamanya

Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah lelaki yang kuat amalan agamanya. Lihat saja Rasulullah s.a.w menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Dengan pegangan agama yang kuat, seorang suami boleh memimpin isterinya ke jalan kebaikan.

2) Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormat dan adabnya pada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan semua orang begitu ketara. Kata-kata kasar tidak mungkin akan dilontarkan daripada mulutnya.

3) Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat0-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar? Sebaiknya pilihlah yang TIDAK PERNAH. Ini kerana mereka adalah seorang yang tetap pendirian dalam menjaga maruah diri, keluarga serta orang-orang di sekelilingnya. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan duniawi.

4) Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia. Sudah pasti dia tidak akan amanah dalam hubungan dan apa jua perkara. Jadi berhati-hati.

5) Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak. Dia tahu untuk mendahulukan perkara daripada yang paling penting kepada yang kurang penting untuk melaburkan wangnya. Dia tidak akan senang-senang sahaja membazirkan wang.

6) Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat anda. Walaupun memang fitrah lelaki gemar untuk melihat perempuan memandangkan perempuan adalah kejadian Allah yang begitu unik ya, namun si mata keranjang REJECT!

7) Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah untuk menjadi fitnah orang dengan tidak mengamalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki. Dia harus tahu untuk menjaga pergaulannya dengan orang-orang di sekelilingnya.

8) Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Kita sebagai manusia biasa mudah terpedaya akan ajakan, pengaruh dan pujuk rayu orang lain. Maka, rakan pergaulan dia adalah sangat penting dan harus dijaga bagi menjamin karektarnya itu tetap.

9) Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya. Jika ibu bapanya sendiri tidak diambil perhatian yang sewajarnya, bagaimana dengan nasib anda kelak?

10) Tenang Wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Apatah lagi jika dia adalah seorang yang menyimpan perasaannya. Anda harus bijak dalam membaca air mukanya dimana dari situ anda akan mengetahui ia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

Jadi jangan ditunggu-tunggu lagi. Carilah lelaki yang betul-betul diciptakan untuk anda dan carilah mereka berdasarkan ciri-ciri di atas. InsyaAllah hubungan anda dan si dia akan berkekalan.

Rupa paras menarik dan juga berharta bukan jaminan hubungan anda berkekalan dan bahagia. Tetapi sekiranya anda dapat lelaki seperti 10 ciri-ciri diatas beserta mempunyai paras rupa yang menarik dan berharta ianya bonus untuk anda.

Wednesday 22 June 2011

♥♥BerMuLa AlkISaHkU.....1992♥♥ part II

Views
PART II

Salam semua still ingat tak part I yang sy crita dlu2 tuh...? Haa...jom continue my story...^_^

Waktu kat SK Langgar dulu saya nie pendiam orangnya...xda kawan pun, rehat pun sorang2 sedih sgt2. :(
ramai budak-budak kelas sy suka usik and ganggu sy. Then sy bgtau ayah sy..ayah sy cakap kenapa xbagitau cikgu..? sy jwb "biarlah Allah balas" wow....bainya sy waktu tu hahaha skun dh evil sikit..:P :P kahkah2

Haa....masuk tengah bulan saya pindah sekolah bukan sebab takut kena usik ngn members tapi pindah rumah sekali.hurmmm nie nk masuk sekolah lain bukan main liat lagi sy.xnk! takut! xmau! mcm2 alasan sy bg kat ayah sy and finally my beloved grandpa yg selalu pujuk sy...pada dia lah sy curah segala-galanya...sy sayang sgt kat Tokku sy...:( tapi ALLAH lagi syg kan dia....

eh..eh..sambung balik crita td nnti jadi sad story pulak..;-)
haa sy skool kat SK Tanjong Mas, kat situlah sy menimba ilmu..mengenal erti persahabatan, erti betapa pentingnya ilmu blablabla....
dari standard 1 until standard 6....xde pape yy best pun...bila dh ramai kwn ade jugak yg jeles...hurmm lumrah hidup katakan...sy pun dah habis darjah 6 so result nk kata gempak xdelah...boleh lah kan...;)

                                    xxx "HOLIDAYS"xxx


Masuk jer form 1 ase lain jer...lain lah sebab dah pakai kain keler biru muda gitu katakan.....
rasa mcm cepatnya masa berlalu.....tapi pada waktu ini jugalah sy KEHILANGAN...:'(
KEHILANGAN SESEORANG YANG AMAT BERMAKNA DALAM HIDUP SY...iaitu TOKKU 
atukku meninggalkan sy sewaktu sy berganjak usia remaja....:( sy amat merindui arwah atok sy sampai sekarang....tersa sekejapnya masa itu berlalu..KINI sudah pun 7 TAHUN tokku meninggalkan kami semua....(semoga roh atokku d tempatkan di klangn org2 yg beriman Amin..)
tahun demi tahun dah habis F5....sekejap jer...dalam memory tersemat rapi.
kalo nk thu saya suka bersukan msa zman skool that's y lah slim tapi sekarang dah macam "tong drum" sudaa....hahhaha tapi xper under control lagi...:) HAa....skunk sy dh berada di UiTM Machang Kelantan, sy amek kos Pengurusan Maklumat....:) best kos nie byk bnda sy thu...tmbah2 IT and byk jugak lah software2 baru sy dpat pakai....   

stay tuned..I'll rite back!..... @___@

Friday 10 June 2011

DuhAi IbUKu.......

Views
Ibu.... 
Ke mana kau pergi,
Di saat ku merindukanmu,
Kau tiada disisiku,
Untuk menenangkanku..

Ibu.... 
Maafkan aku,
Aku tak bisa kembali kepadamu,
Bukan ku tak mahu,
Tapi dirimu bukan lagi milikku,

Ibu....
Mengertilah anakmu, 
Sentiasa merinduimu,
Sentiasa mengingatimu,
Walau di mana diriku berada,

Ibu...
Hanya dikau yang aku sayangi,
Hanya dikau saja ibuku,
Hanya doamu saja yg ku harapkan,
Agar dapat meneruskan sisa kehidupan,

Ibu...
Pernah ku terfikir,
Adakah kau pergi,
Sebelum ku melihatmu,
Buat kali terakhir,

Ibu...
Pergilah....
Ku akan sentiasa mendoakan,
Kebahagiaanmu dan kesejahteraanmu,
Nun jauh di sana..

 ♥♥♥ You MAMA..



MoM and Me...^_^


PerSahaBAtaN

Views
Friendship is really matter...
A matter of time...
The times it takes...
To listen and talk....
To find the peace of mind....




Friendship is really a matter...
A matter of time it takes...
For you to care....


especially for my beloved friends at::
::SMKTM 2009
:: UITM MACHANG 2010
::MY OLD FRIENDS...


thanks to being my friend... i love you
Raihan Husna
........AmiNa..........

Sunday 22 May 2011

♥♥BerMuLa AlkISaHkU.....1992♥♥

Views

sewaktu kecil ;)

                        Assalamualaikum wbt.....     
               hari nie husna nk cerita dr A-Z...hehehe,,:)   
      haa kalo kwn2 semua ...nk thu ttg sy x??? jom ramai2 bca citer nie.
sy tlah dilahirkan d HBKB..thu x kt mana?? mesti kamu semua thu kan...:) 
                          ehh..ade yg xthu k
xper2 husna bg thu yer...hihihi HBKB ( Hospital Besar Kota Bharu)
       ..atau dikenali dgn Hospital Raja Zainab 2 kalo silap..  
        hihi tmpat lahir pum xthu..werkkkk bkn husna xthu..al mklum lah dh tuka nama..
smpai kekadang buat husna perpikir2 kat mna..
      n pernah ader makcik tnya " adik,tumpang tnya..hospital raja zainab 2 kat mana yer"? 
          husna pom jwb" errmmm..hospital besar ker?? 
" makcik tu jwb" eehh,,bkn ank mkcik ckp hospital raja zainab 2"...
    (smbil garu2 kepala sy pun ckp ohh...sy thu...smbil menunjuk arah pd mkcik 2.. 
              ( dlm hati betul ker kt cni sbb sy sndiri xthu)
 nasib baik ank mkcik 2 ader kt pintu masuk hospital..law x malu ler husna dibuatnya..huhu....;)                      
                                                                 
                       ok2...
               reverse balik....
mom slalu cerita time mula nk lahirkan sy...so scaryy but ALLAH ader 
        mom ckp so tawakkal pdNYA... 
time lam labour room mama ckp ader 3 org
          ( mama,chinese and indian) 
  yg Indian 2 asyik pekik jer..."ayooo amaaa...apaaa... sakit..ayoo......" 
     mama dgr pekikan dia ase tkut jugakn. .then yg Chinese plk xkuat sgt ....
 mama ckp biasa jer:) then finally turn my mom..
   mama ckp"time nk bersalinkan kakna senang sgt keluar cpt "xsakit sgt!!....even kita      
sndiri thu betapa susahnya seseorg ibu nk mengeluarkan bayi dlm kandungannya.....
      and husna pom keluarlah melihat dunia ciptaan ALLAH ini....
              mama ngn abah happy sgt dpt ank pertama..
        then tokku ngn umie tok pun sma gmbira yelah..cucu pertama and first baby...
husna telah di besarkan oleh datuk ngn nenek sy kat Tnah Merah..smpai lah husna umur 5 tahun..lama kan??? mestilah sbb cucu sulung lah katakan...dlm tempoh 5 tahun 2 mcm2 keadaan     ader...hihih nk thu lg?? jommm...

  Tiap-tiap minggu abah ngn mama balik jengguk husna kt kampung...
          sbb mama ngn abah kerja...walaupun hujan,ribut mama ngn abah tetap balik TM
 sbb nk tgk ank dia..rindu katanya..dahla ank sulung tp berjauhan ngn parents..:( 
           mom bkn sengaja nk hantar sy duduk kampung
 tp sbb PERMINTAAN dari datukku yg iginkan cucu unt bermain dan bermanja...
     MAMA ngn ABAH pun izinkan walaupun berat unt meninggalkan ku...sedih taw...:(

        tiap2 hari abah ngn mama ulang alik dari KB ker TM semata2 nk tgk sy..... betapa BESARNYA PENGORBANAN IBUBAPA(terhadap sy) sampailah sy meningkat ke usia 1 tahun.
       dh besar sikit..abah ngn mama blik every weekend jelah..xde ape nk di risaukan lg..

kalau dulu asyik muntah2,sakit perut mlm2,ngis mlm2.heee~ mmg susah nk jga sy....;)
         haaaa...sy dh 1 thun......mcm2 org layan sy.....best cm princess ahakss!!
 waktu dulu but not now..huhu....time nie asl sy tunjuk jer semua dpt....
         pkai bju pun mix and match....semua my family yg sediakn.....suka sgt time nie.....
 mama ckp : kakna time kecik2 semua dukung,cubit pp lah,cubit betis la..
                 kdg2 ngis takut nk pegi ngn org lain
  yelahh...asyik3 kna kiss..ee rimass taw... hahahhahahaha...wink3 
     hari berganti hari....tahun berganti tahun.....husna mkin lama mkin membesar...:)
            tiap2 thun nilah yg husna tunggu2 kan.....aper yg husna ske every year?? 
                           cu teka-cu teka....:P
        haaa...celebrate besdayy lah...huhuhu lucu kan...
                  tiap kali mama ngn auntie wt kek mesti nk ade candles..
law tidak xmoo mkn kek siap ngis + guling2 lagi..adoiiii hahhaha zman kecik katakan......
           sper lagi nk layan karenah sy nie?? kalo bukan tokku yg ercinta..muaaahhh3xx...
                     tokku(datuk) sy lah yg belikan...
bwk sy suh pilih yg mna 1 nk...mner lah thu kot2 p beli yg xberkenan nnti lain plk jdinya...^_^
         still in memories...time tuu 2 years old..
            dah laa mom ngn auntie cari candles xder..mmg mlang tol hari 2..... 
 mom ngn auntie n uncles pun gntilah ngn big presents...bkn 1 byk.....:) 
          time 2 xthu lagi...happy der tgk hadiah byk sgt...
                  pastu time nk potong kek..
  i said:: mama mna tiup(lilin)?? 
  mama said:: semua kedai dh cri xde..kita mkn jelah...
           sy dgn pntas mnjwb TAK NAK!! NK LILIN JUGAK....smbil ngis2..hahhaha            teruk2....guling2 taw...xnk mkn kek...semua hadiah sy cmpak tepi..adui.. kna marah lagi.....hurm....pastu tokku pum amek ler 1 btg lilin kaler merah 2pom myb jmper kat lm almari     
          dapur....  hahha...lilin time xde api kowt hahahhaha...
          ....tp xper ASALKAN ADE.....so semua org boleh mkn kek..                                          
         if not...tunggu lah esk pg....sbb kalo ader org mkn kek sy tnpa sy tiup                                 lilin...mmg sy marah...:P enjoysss...hihihihi...i really missed it...


               I LOVE MY FAMILY......

  tiap2 tahun dpt gift dari family..shoes,blouses,skirts,hats,caps..waa....
          byk lg lah..nk list kang pnuh nnti huhuh...
sygnya pic xdapt nk amek lagi...nnti ader masa sy uplod kat snie eap..:) 
       pejam celik..celik pejam..husna dah 5 tahun...:) sy school kat TM. Tabika Kemas...
  sy ni lasak orgnya...pnh pnjat pokok....hhah bila cikgu dtg kna marah..:P mcm2 kan..huhuhu....
         pling best sy ader kwn baik...nma dia AISYAH...
tp kitaorg lost contact dh...wktu 2 sy tukar skolah ..dh lama dh.....:( 
    myb dlm 19 tahun xjmper dia...smpai hari ni sy cari dia....
dialah best frend tht i have time tadika dluh...dia slalu backup sy if ader org gngu,,,
  dia baik sgt...:) kitaorg slalu bersama2....mkn sma2..main sama2..sweet time 2...:)
bila blik jer TM sy mesti rindukan dia....:) kalo sy jmper dia sy nk peluk dia erat2.....
     xmoo lepas dia lg...:( hukhukhuk...sedih niee waaaaa......i still remembered..sy ade musuh kt  tp tadika...ade budak pmpuan 2 jahat...dia ske kacau sy...n rosakkan brg2 sy..:( sy xthu knp...sy dulu          lasak tp takut nk cari pasal....sbb atuk sy xajar wat jahat kat org
    org wt jahat kat kita adelah...:( hurmm...nevermind lah..

bila dh kna tuka tadika...ase cm lain jer...mna xlain..xknl sesaper kt cnie...:( hurm nasib badan...
    abah tukar sy bkn aper sbb xnk myusahkan atuk sy lg...dh 5 thun kt kmpung....
sy tadika kat Pasti Al-Hidayah kat ngn skulah SK LANGGAR..hurm.....
  sy blajar jer kat situ smpai 6 thun umur sy...2thun sy bljar...dpt ilmu2 agama....
     blik umh jer ckp kat abah ngn mama ...heheheh....biasalh happy family kn...

nanti sy smbung lagi.....ader hal byeee





Saturday 21 May 2011

My StoRY

Views
hai...i'm new one here..:) sy nie minat bercerita...al maklumlah cita2 nk jadi penulis..haha..tp xkesampaian..amek kos pun jauh sgt dari cita2..tp xper sbb mat salih ckp:: LiVe mUst Go oN...so chill ....;) kalau nk knl thu lebih lanjut...pliss be my follower,,sbb starting from now sy nk tulis kisah sy dari sy dilahirkan smpai sy besar pnjang....:) spe2 nk thu kisah menarik sy..so stay tune okehh...:)


with love...
AmiNa..

Sunday 17 April 2011

♥♥Raya OH Raya.♥♥

Views
heyy...kawan2....saya nk crita pasal hari rayer lah...tiba2 teringat zaman kanak-kanak ribena dulu2 :)
Yelah mana taknya dapat collect duit rayer byaa wooo.yang paling best dah besar2 pun still dapat duit raya...maklum lah sedara ramai katakan...hihi
 (first nk ucap THANK YOU kepada sesiapa yang bagi duit raya kat Husna) *__*

~ ~ ~ suasana luar rumah ~ ~ ~
Errmm...biasalah bila dah dekat nk raya hati rasa sayu semacam jer....:( sebab ingat kat arwah atok..dulu masa dia ada, dia lah selalu bantu saya pasang lampu raya, pelita and yang paling best sekali SIAP BELI BUNGA API...^__^ sukanyaaaaa waktu itu...alangkah ia bisa diputarkan kembali..:( kenangan bersama atuk tercinta merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan seumur dan sepanjang hidupku...
kerana dia lah saya sudah sampai ke tahap ini...;)
Kalo nk tahu...kebiasaanya pada malam raya saya and the 'cousingeng' ape lagi...pasang lampu raya,pelita...pastu main mercun and bunga api..best sangat2 waktu tuh...bukan sy jer main satu family trut serta...maklumlah semua balik beraya kan...mesti lah happy and enjoy sakan...;) semua ada, my uncle,auntie, mom, dad..yang paling penting 'tokku ' pun ada..;) so kami pun bergembiralah bersama alunan muzik hari raya...ada yang menyanyi sambil berlari dan kejaran....yang best sekali kami nyanyi sama-sama,, sampai kan jiran kami cakap " amboi seronoknya dapat jumpe sepupu2 yer..." :) hehe

~ ~ ~ suasana di dalam rumah ~ ~ ~

Okaylah, kita pause sekejap suasana luar sumah...skrang jom kita intai-intai dalam rumah pula *wink2
Haa......dalam rumah pula nenda dengan sekutu-sekutunya sibok memasak juadah untuk besok antranya ialah.;-)

  • Kuzi ayam (my feveret)
  • kek coklat
  • biskut raya ( dahlia is da best one)
  • ketupat nasi
  • rendang (ketupat manis,tawar,inti (semua ada)
Bak kata mcam2 juadah ade...tak kan nk list semua kan3...hehe....best sgat2
tambah plk semua ahli pulang kan...:)

nnti pic sy susulkan di bawah..:) cme dulu pkai camera yg ade filem kodak...korang mesti pernah pakai kan...so pic pun byk sgt xda....:( hurmm sayangnya...tapi xpelah sy cuba letak yang ada dahulu,, yang xda lain kali saya cari..okay? HIHI

Nda Jah's family 

Wednesday 19 January 2011

~Wahai Permata Hatiku~

Views

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


^_^
note:: Alhamdulillah...kerana Allah menghadirkan dia dalam hidupku..diriku amat2 menyayanginya..:-)