BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥ ♥NooNa♥

Sunday 17 July 2011

Tentang Cinta

Views











Cinta. Sebagaimana mudah untuk mendapatkannya, begitu jugalah untuk melepaskannya. Tanpa adanya tindakan untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan itu, hubungan yang dijalin belum tentu dapat bertahan dengan lama.

Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita kurang dalam memberi sebarang komitmen sehingga lah timbulnya masalah. Keutuhan sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.

1. Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin mendapat semua ciri-ciri itu.

2. Kekuatan Untuk Menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.

Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan Untuk Memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.

Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan Persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.

Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih mengenali peribadi masing-masing.

5. Kekuatan Dari Sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan Untuk Melepaskan

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.

Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan Dalam Komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.

Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.

Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan Dari Komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.

Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan Semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.

Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10. Kekuatan Dari Rasa Percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.

Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.

Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar–benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri

“Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati ?”

jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

10 Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Views





Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu kumpulan nasyid Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.

Anda juga tidak perlu bersusah-payah dalam mencari cinta. Kadangkala cinta yang datang itu datang dengan sendiri yang timbul dari dalam hati anda. Ketahuilah bahawa cinta itu suci dan juga menjanjikan kebahagiaan. Berlainan pula cinta yang dipaksa-paksa semata-mata untuk menjaga hatinya atau sekadar atas kasihan.

Untuk menerima cinta si jejaka, anda perlulah bijak untuk memilih siapakah pasangan anda. Bukannya memilih atas dasar paras rupa atau hartanya sahaja. Ramai di antara wanita sana jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang menarik dan berharta terus sahaja bersetuju untuk menjalinkan hubungan cinta tetapi hakikatnya lelaki itu adalah “kasanova” yang mencari mangsa.

Disini 10 ciri-ciri lelaki yang boleh anda gunakan untuk mencari lelaki pilihan anda.

1) Kuat Agamanya

Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah lelaki yang kuat amalan agamanya. Lihat saja Rasulullah s.a.w menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Dengan pegangan agama yang kuat, seorang suami boleh memimpin isterinya ke jalan kebaikan.

2) Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormat dan adabnya pada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan semua orang begitu ketara. Kata-kata kasar tidak mungkin akan dilontarkan daripada mulutnya.

3) Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat0-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar? Sebaiknya pilihlah yang TIDAK PERNAH. Ini kerana mereka adalah seorang yang tetap pendirian dalam menjaga maruah diri, keluarga serta orang-orang di sekelilingnya. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan duniawi.

4) Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia. Sudah pasti dia tidak akan amanah dalam hubungan dan apa jua perkara. Jadi berhati-hati.

5) Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak. Dia tahu untuk mendahulukan perkara daripada yang paling penting kepada yang kurang penting untuk melaburkan wangnya. Dia tidak akan senang-senang sahaja membazirkan wang.

6) Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat anda. Walaupun memang fitrah lelaki gemar untuk melihat perempuan memandangkan perempuan adalah kejadian Allah yang begitu unik ya, namun si mata keranjang REJECT!

7) Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah untuk menjadi fitnah orang dengan tidak mengamalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki. Dia harus tahu untuk menjaga pergaulannya dengan orang-orang di sekelilingnya.

8) Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Kita sebagai manusia biasa mudah terpedaya akan ajakan, pengaruh dan pujuk rayu orang lain. Maka, rakan pergaulan dia adalah sangat penting dan harus dijaga bagi menjamin karektarnya itu tetap.

9) Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya. Jika ibu bapanya sendiri tidak diambil perhatian yang sewajarnya, bagaimana dengan nasib anda kelak?

10) Tenang Wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Apatah lagi jika dia adalah seorang yang menyimpan perasaannya. Anda harus bijak dalam membaca air mukanya dimana dari situ anda akan mengetahui ia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

Jadi jangan ditunggu-tunggu lagi. Carilah lelaki yang betul-betul diciptakan untuk anda dan carilah mereka berdasarkan ciri-ciri di atas. InsyaAllah hubungan anda dan si dia akan berkekalan.

Rupa paras menarik dan juga berharta bukan jaminan hubungan anda berkekalan dan bahagia. Tetapi sekiranya anda dapat lelaki seperti 10 ciri-ciri diatas beserta mempunyai paras rupa yang menarik dan berharta ianya bonus untuk anda.