Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari
lagu kumpulan nasyid Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak
kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Anda juga tidak perlu bersusah-payah dalam mencari cinta.
Kadangkala cinta yang datang itu datang dengan sendiri yang timbul dari dalam
hati anda. Ketahuilah bahawa cinta itu suci dan juga menjanjikan kebahagiaan.
Berlainan pula cinta yang dipaksa-paksa semata-mata untuk menjaga hatinya atau
sekadar atas kasihan.
Untuk menerima cinta si jejaka, anda perlulah bijak untuk
memilih siapakah pasangan anda. Bukannya memilih atas dasar paras rupa atau
hartanya sahaja. Ramai di antara wanita sana jika lelaki itu mempunyai rupa
paras yang menarik dan berharta terus sahaja bersetuju untuk menjalinkan
hubungan cinta tetapi hakikatnya lelaki itu adalah “kasanova” yang mencari
mangsa.
Disini 10 ciri-ciri lelaki yang boleh anda
gunakan untuk mencari lelaki pilihan anda.
1) Kuat Agamanya
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap
terpelihara. Utamakanlah lelaki yang kuat amalan agamanya. Lihat saja
Rasulullah s.a.w menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran
ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Dengan pegangan
agama yang kuat, seorang suami boleh memimpin isterinya ke jalan kebaikan.
2) Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur
hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormat
dan adabnya pada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan semua orang begitu
ketara. Kata-kata kasar tidak mungkin akan dilontarkan daripada mulutnya.
3) Tegas Mempertahankan Maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat0-tempat yang menjatuhkan
kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko,
pub dan bar? Sebaiknya pilihlah yang TIDAK PERNAH. Ini kerana mereka adalah
seorang yang tetap pendirian dalam menjaga maruah diri, keluarga serta
orang-orang di sekelilingnya. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan duniawi.
4) Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja
ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia. Sudah pasti dia tidak akan
amanah dalam hubungan dan apa jua perkara. Jadi berhati-hati.
5) Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan
bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak. Dia tahu
untuk mendahulukan perkara daripada yang paling penting kepada yang kurang
penting untuk melaburkan wangnya. Dia tidak akan senang-senang sahaja membazirkan
wang.
6) Tidak Liar Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan
lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon
yang sesuai buat anda. Walaupun memang fitrah lelaki gemar untuk melihat
perempuan memandangkan perempuan adalah kejadian Allah yang begitu unik ya,
namun si mata keranjang REJECT!
7) Terbatas Pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah untuk menjadi fitnah
orang dengan tidak mengamalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia
tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki. Dia harus
tahu untuk menjaga pergaulannya dengan orang-orang di sekelilingnya.
8) Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Kita
sebagai manusia biasa mudah terpedaya akan ajakan, pengaruh dan pujuk rayu
orang lain. Maka, rakan pergaulan dia adalah sangat penting dan harus dijaga
bagi menjamin karektarnya itu tetap.
9) Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia
memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup
melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Jika ibu bapanya sendiri tidak diambil perhatian yang sewajarnya,
bagaimana dengan nasib anda kelak?
10) Tenang Wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar
pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Apatah lagi jika dia adalah seorang yang menyimpan perasaannya. Anda harus
bijak dalam membaca air mukanya dimana dari situ anda akan mengetahui ia tidak
mudah melenting dan tidak panas baran.
Jadi jangan ditunggu-tunggu lagi. Carilah lelaki yang
betul-betul diciptakan untuk anda dan carilah mereka berdasarkan ciri-ciri di
atas. InsyaAllah hubungan anda dan si dia akan berkekalan.
Rupa paras menarik dan juga berharta bukan jaminan hubungan
anda berkekalan dan bahagia. Tetapi sekiranya anda dapat lelaki seperti 10
ciri-ciri diatas beserta mempunyai paras rupa yang menarik dan berharta ianya
bonus untuk anda.
Do you trust me???
ReplyDelete