Cinta. Sebagaimana mudah untuk mendapatkannya, begitu
jugalah untuk melepaskannya. Tanpa adanya tindakan untuk mengukuhkan sesebuah
perhubungan itu, hubungan yang dijalin belum tentu dapat bertahan dengan lama.
Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita
kurang dalam memberi sebarang komitmen sehingga lah timbulnya masalah. Keutuhan
sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma
berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau
membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.
1. Kekuatan Berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan
ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu
akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang
ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin
mendapat semua ciri-ciri itu.
2. Kekuatan Untuk Menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau
kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah
dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada
diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari
orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku
hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan Untuk Memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu
memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang
akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu
sendiri.
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula
rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah
dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan Apa yang akan aku
dapat?”.
4. Kekuatan Persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat
sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan,
tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai
seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat
tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan
persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih
mengenali peribadi masing-masing.
5. Kekuatan Dari Sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat
kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam
melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan
kepada suami isteri.
6. Kekuatan Untuk Melepaskan
Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia
kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan
pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang
untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus
belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati
kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak
akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan Dalam Komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan
jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya.
Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu
“Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu
kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra,
kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk
menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan
kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?
8. Kekuatan Dari Komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu
harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam
fikiran dan tindakanmu.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin
memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu.
Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan
merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah
hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan Semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi
datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan
saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan
semangat cinta.
10. Kekuatan Dari Rasa Percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu
hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan
takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi
tertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah
kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu
dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu
benar–benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
“Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati ?”
jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir
dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
No comments:
Post a Comment