Bahagia datangnya dari struktur dalaman yang bersih dan sihat ^_^
Istana yang besar tidak menjanjikan kebahagiaan... |
1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat
dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat
kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat
mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang
untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah
kena sakit jantung.
3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya
itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan
harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya
sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok
dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui manusia.
5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.
Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Biarlah rezeki itu
sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego - Ibu segala mazmummah, ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut
zahir mahupun batin.
8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika dipuji, dia
akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya.
note:: ....Berdoa pada Allah kerana Dia Maha Penganpun lagi Maha Penyayang....
No comments:
Post a Comment