JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"
:: Jika kamu memancing
ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan
itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu &
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga...setelah kamu
memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hati...nya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya
begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin
TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap
ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia
retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA
& meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan
kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar
kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya...
Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu
mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi
milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
p/s::
~ Kata-kata yang begitu menusuk ruang hatiku ~
~Sekiranya dirimu terbaca post ini, sedarlah bahawa diriku sudah lama menunggumu~
~Sesaat dirimu mendustaiku,daku tetap memaafkanmu,tapi knpe perlu dibandingkan dengan yg lain..?~
~Jika benar kamu berpegang pada janjimu tak kan dirimu sanggup melukaiku ke tahap ini~
~Diriku bukan SEMPURNA seperti yang kamu inginkan~
credited :: To someone ;)
No comments:
Post a Comment