Lelaki ajnabi adalah lelaki yang tiada kaitan perhubungan antara kita(perempuan) :-
1. Elakkan Berurusan dengan Lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan,
mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan
seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta
tolong dari orang lelaki.
2. Kalau terpaksa Contact Orang Lelaki.
Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti
SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa
pasar.
Contoh:
* Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time
kaceh)...* Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke
(hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. * Elakkan bercakap melalui
telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh
menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya
keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“ Wahai istri-istri nabi, kamu bukanlah seperti
perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan
suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik ”
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja,
lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi
kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa
dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan,..???
3. Tundukkan Hati.
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya
merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita
sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu
berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa, “ Ya Allah, janganlah
Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan
syaitan. ”
4. Tundukkan Pandangan.
Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills
yangg kita belajar kat uni dulu, “ make eye contact with the person you’re
talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama
saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan
mendapati theory “ dari mata turun ke hati ” itu betul. so, be careful dengan
pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan
apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.Lihat surah al-ahzab ayat 53
“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi.
kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan
buku, dengan file atau dengan sapa saja yang bisa membantu kita untuk menutup
pandangan kita. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para
sahabat n istri-istri nabi supaya mereka tak mati ke dalam kemungkaran. Kalau
kita pun jadi sehebat orang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu
Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.
Contoh:“ Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu… ” Isk2. tak layak
nye..
5. Cepatkan Urusan.
Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah
bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. Sudahah tak bisa
dipungkiri, dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama,
ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah,
gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat,
then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara
professional.
No comments:
Post a Comment